Langkah balas oleh kerajaan negeri dan pihak lain Pandemik COVID-19 di Sabah

Sejak kes yang disyaki awal di ibu negeri Sabah Kota Kinabalu, semua penerbangan terus antara negeri dengan tanah besar China telah dihentikan bagi tempoh masa yang tidak terbatas.[17] sekatan perjalanan selanjutnya dikenakan oleh kerajaan negeri kepada tiga negara yang paling terjejas oleh virus; terdiri daripada Iran, Itali dan Korea Selatan pada bulan Mac.[18][19] Acara kebudayaan tahunan di Sabah seperti Kaamatan (pesta Kadazan-Dusun) dan Kalimaran (pesta Murut) telah dibatalkan,[20][21] manakala Misa Katolik di negeri juga ditangguhkan di mana ia hanya dibuat melalui siaran langsung dalam talian.[22][23] Kerajaan negeri telah mengeluarkan beberapa garis panduan untuk mengekang penyebaran virus dan menjamin rakyat bahawa barangan keperluan akan cukup walaupun jangkitan dan pembelian cemas sedang meningkat.[24][25]

Sebaris dengan pengumuman perintah kawalan pergerakan (PKP) dibuar oleh kerajaan persekutuan Malaysia sejak bilangan jangkitan meningkat dalam negara, orang bukan Sabah disekat daripada memasuki negeri dengan segera sebagai usaha tambahan untuk bertindak balas terhadap peningkatan bilangan kes positif.[26] Mahasiswa Sabah di Semenanjung Malaysia dengan masalah petempatan semasa tempoh perintah ini boleh tinggal di Rumah Sabah, Cheras dengan makanan diberikan oleh kerajaan negeri.[27] Penjawat awam seluruh negara dikecualikan daripada larangan ini nsmun setiap mereka masih perlu menunjukkan surat pengesahan sah yang dikeluarkan oleh ketua jabatan mereka bagi setiap tugas khusus.[28] Berikatan laporan pematuhan lemah kepada PKP di ibu negeri Kota Kinabalu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengenakan sekatan jalan 24 jam di seluruh bandar raya ditujukan pada memberi amaran kepada individu degil yang pergi melawan perintah sehingga akhir tempoh dua minggu.[29][30] Dengan penguasaan meningkat dikendalikan, penduduk bandar menjadi lebih baik mematuhi perintah tersebut.[31]

Pada 19 Mac, Pembantu Menteri Sabah kerajaan tempatan dan Kementerian Perumahan Hiew Vun Zin berkata terdapat sejumlah sembilan bangunan di Program Perumahan Rakyat (PPR) Batu Putih di Daerah Sandakan, tiga daripadanya blok H, I dan G akan digunakan sebagai pusat pengasingan.[32][33] Setiap bangunan mempunyai 100 unit dan setiap unit mempunyai 3 bilik tidur. Selagi mereka diuji sebagai pesakit di bawah penyiasatan oleh Biro Kesihatan dan Hospital Duchess of Kent, pihak berkuasa akan menghantar mereka dan keluarga mereka ke pusat pengasingan untuk 14 hari pengasingan. Setakat ini terdapat lebih daripada 30 orang dikuarantinkan di pusat tersebut, termasuk enam keluarga.[32][33] Jabatan Kesihatan Negeri telah meletakkan sejumlah 350 katil dalam tunggu sedia untuk pesakit dijangkiti koronavirus.[34] Dengan laporan bahawa terdapat perhimpunan keugamaan Islam diadakan di Gowa, Sulawesi Selatan di negara jiran Indonesia, kerajaan negeri Sabah melaksanakan tindakan segera menghalang kemasukan mereka yang menghadiri perhimpunan tersebut.[35]

Rujukan

WikiPedia: Pandemik COVID-19 di Sabah http://www.astroawani.com/berita-malaysia/covid-19... http://sabahoutbreak.com/ http://www.dailyexpress.com.my/news/147905/sabah-e... http://www.dailyexpress.com.my/news/148672/sabah-s... http://www.dailyexpress.com.my/news/148674/exclusi... http://www.dailyexpress.com.my/news/148676/kaamata... http://www.dailyexpress.com.my/news/148679/possibl... http://www.dailyexpress.com.my/news/148680/14-new-... http://www.dailyexpress.com.my/news/148682/suspens... http://www.dailyexpress.com.my/news/148755/11-new-...